Sabtu, 28 November 2009

Sampaikan walau sepotong ayat 3.



Suatu hari Rasullulah s.a.w. sedang duduk2 bersama sahabat2, lalu berlalunya satu jenazah yang sedang diusung dihadapan mereka.Melihatkan jenazah tersebut Rasullulah s.a.w. menangis teresak2. Seorang sahabat berkata pada Rasullulah, "Ya Rasulullah, kenapa menangis, bukankah mayat tersebut adalah seorang yahudi". Lalu rasullulah berkata "Benar ia seorang yahudi, tapi aku bersedih kerana dia kembali tanpa Iman dan dia akan berada didalam neraka buat selama2nya" Lalu Rasulluah berkata lagi, "Jika ada seorang manusia meninggal dunia diujung dunia tanpa iman, maka seluruh umat islam kena bertanggungjawab". Begitulah keadaan kita tuan2. Kita kena ambil tanggungjawab untuk menyampaikan kepada seluruh insan. Allah swt suka jika seorang insan yang telah beriman tetapi jauh dari Allah lalu kita dekatkan kepada Allah dari kita mengislamkan 10 orang kafir. Kerana itulah tuan2 kita kena sampaikan kepada rakan2 seislam walaupun sepotong ayat.Wassalam.

+++Haslina&Zahdi Keratong 3




Selasa, 24 November 2009

Sampaikan walau sepotong ayat 2.

Satu ketika Rasullulah S.a.w. dalam perjalanan bersama sahabat-sahabat, lalu sampai ke satu tempat di tengah2 padang pasir dan Rasullulah s.a.w. mengarahkan sahabat-sahabat berhenti seketika untuk berehat. Rasullulah berkata kepada sahabat2, "Wahai sahabat2 ku sekelian, kamu carilah ranting2 kayu". Lalu sahabat2 tanpa bertanya pun mencari ranting2 kayu, sekian lama mereka mencari tak ketemu2 jua walaupun satu. Sahabat2 semua bertemu Rasullulah dan berkata, "Wahai Rasullulah kami tak ketemu pun ranting kayu". Rasullulah berkata lagi, "kamu carilah ranting2 kayu". Sahabatpun mencarilah ranting2 kayu dengan mengais-ngais pasir, berjalan ke sana ke sini namun tak ketemu juga. Sekali lagi sahabat2 bertemu Rasullulah s.a.w dan berkata "Yahai Rasullulah mana ada ranting2 kayu ditengah2 padang pasir yang tiada sepohon pokok pun di sini". Lalu rasullulah mengarahkan sahabat2 berkumpul dan berkata "
Begitulah keadaan dosa kita, walaupun dicari-cari tak kelihatan(nampak macam tak ada), tetapi kelak dihadapan Allah swt ia menjadi terlalu banyak".
Kerana itulah Rasullulah s.a.w. mengajarkan kita beristigfar dan berwuduk untuk menghapuskan dosa2 kita. Rasullulah sendiripun beristigfar sebanyak 70 kali sehari. Apatah lagi kita yang tak pernah dijamin untuk memasuki syurga yang kekal abadi.

+++Ijan&Aishah-3 The real colour+++





+++Aishah&Ijan-2 F.Kemelah 21/11/2009




Ahad, 22 November 2009

+++Salina dan fahimi 22hbNov2009






kedua-duanya amat pemalu. Tapi bolehlah diajak berpozing. Agak kekok. Selamat pengantin baru moga berkekalan ke akhirnya.

Sabtu, 21 November 2009

+++Aishah & Ijan 21Nov.2009 Felda Kemelah






Aishah ni bekerja di Bukit Siput tapi cari kedai saya pun sampai sesat barat.Tapi jumpa juga akhirnya. Very spoting tapi agak pemalu sikit. Ijan ok orangnya suruh pozing senang aja, ikut aja. Have a nice day. Selamat menempuh gerbang perkahwinan.

Isnin, 16 November 2009

+++Sampaikan walau sepotong ayat+++1.

Kenapa sekian kali berlaku masalah kita akan selalu mencari kesalahan orang lain, kenapa tidak kita mencari kesalahan diri sendiri. Itulah sebenarnya sifat manusia, yang sering dapat melihat kesalahan orang lain jika dibandingkan kesalahan diri sendiri. Kenapa kita asyik melihat satu kesalahan atau keburukan yang ada pada saudara kita, kenapa tidak kita melihat sepuluh kebaikan yang ada pada saudara kita itu. Janganlah kerana satu
keburukan sepuluh kebaikan yang ada hilang atau dilupakan begitu sahaja. Kerana itulah Rusullulah saw sering mengajar kita supaya bersangka baik pada saudara kita. Katanya "Jika kita bersangka baik kepada saudara kita, maka kebaikan akan sampai kepadanya".

Khamis, 12 November 2009

Ahad, 8 November 2009

+++Nanie&Farizal2(hari ke 2)
















Nanie&Farizal F. Muakil Chaah
















Nanie ni ada datang kedai saya. Tengok sample gambar. Minat sangat ambik gambar outdoor. So sayapun ambikla gambar mereka berdua. Mereka ni teman sepersekolahan. Cinta pertama kut. Hari nikah ambik outdoor ok ja. Tapi ari ke dua cuaca tak berapa baik, hujan ja pulak lepastu. Terpaksalah buat secepat mungkin. Apa pun tahniah kepada kalian berdua. You All very2 spoting. Enjoy ambik gambar kalian berdua.Majlis beliau diadakan pada 07hb Nov. 2009.