Satu ketika Rasullulah S.a.w. dalam perjalanan bersama sahabat-sahabat, lalu sampai ke satu tempat di tengah2 padang pasir dan Rasullulah s.a.w. mengarahkan sahabat-sahabat berhenti seketika untuk berehat. Rasullulah berkata kepada sahabat2, "Wahai sahabat2 ku sekelian, kamu carilah ranting2 kayu". Lalu sahabat2 tanpa bertanya pun mencari ranting2 kayu, sekian lama mereka mencari tak ketemu2 jua walaupun satu. Sahabat2 semua bertemu Rasullulah dan berkata, "Wahai Rasullulah kami tak ketemu pun ranting kayu". Rasullulah berkata lagi, "kamu carilah ranting2 kayu". Sahabatpun mencarilah ranting2 kayu dengan mengais-ngais pasir, berjalan ke sana ke sini namun tak ketemu juga. Sekali lagi sahabat2 bertemu Rasullulah s.a.w dan berkata "Yahai Rasullulah mana ada ranting2 kayu ditengah2 padang pasir yang tiada sepohon pokok pun di sini". Lalu rasullulah mengarahkan sahabat2 berkumpul dan berkata "
Begitulah keadaan dosa kita, walaupun dicari-cari tak kelihatan(nampak macam tak ada), tetapi kelak dihadapan Allah swt ia menjadi terlalu banyak".
Kerana itulah Rasullulah s.a.w. mengajarkan kita beristigfar dan berwuduk untuk menghapuskan dosa2 kita. Rasullulah sendiripun beristigfar sebanyak 70 kali sehari. Apatah lagi kita yang tak pernah dijamin untuk memasuki syurga yang kekal abadi.
Selasa, 24 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan